Username   Password       Forgot your password?  Forgot your username? 
Click on the slide!

Pengenalan

Portal GIS JAS disediakan bagi kegunaan pegawai dan kakitangan Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) dalam melaksanakan tanggungjawab seharian.  Portal GIS ini dilengkapi dengan beberapa modul aplikasi GIS, modul latihan, kalendar aktiviti, dan ruangan blog serta forum yang mana bertujuan menjadi sebagai salah satu alat bantuan penting bagi pegawai JAS dalam melaksanakan tanggungjawab pengurusan alam sekitar secara berkesan dengan menggunakan sepenuhnya maklumat geospatial.  

Click on the slide!

Aplikasi GIS

Modul aplikasi GIS ini digunakan oleh pegawai-pegawai JAS sebagai alat bantu kerja dalam menjalankan tanggungjawab pengurusan alam sekitar. Aplikasi ini dapat memaparkan taburan punca pencemaran alam sekitar yang diperolehi daripada sistem pangkalan data Jabatan serta digabungkan dengan maklumat spatial lain yang diperolehi dari sumber luar serta analisa dalaman. Aplikasi ini disesuaikan dengan tugasan atau kerja yang dijalankan pegawai JAS seperti memproses permohonan penilaian awal tapak (PAT) atau penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA), penyiasatan aduan dan penguatkuasaan alam sekitar serta analisa bagi tujuan perancangan dan pengawasan alam sekitar.  

Click on the slide!

Pemantauan Maklumat Hotspot

Aplikasi pemantauan maklumat titik panas (hotspot) ini digunakan oleh pegawai-pegawai JAS bagi memantau lokasi titik panas (hotspot) yang dikesan berlaku di Malaysia dan negara jiran. Maklumat titik panas yang dipaparkan dalam aplikasi adalah diperolehi daripada satelit NOAA-18 dan dikemaskini setiap hari kedalam aplikasi ini. Melalui aplikasi ini, pegawai-pegawai JAS boleh mendapatkan maklumat lokasi berlaku titik panas dan seterusnya memudahkan siasatan dapat dijalankan di lapangan.  

Click on the slide!

Penggunaan Portal GIS JAS

Portal GIS JAS juga digunakan sebagai pusat sumber maklumat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi GIS. Selain aplikasi GIS, portal ini dilengkapkan dengan bahan-bahan latihan dan data yang boleh dimuat turun, ruangan perbincangan serta mengandungi info maklumat berkaitan program serta jadual aktiviti GIS di JAS. 

More...
Click on the slide!

Modul Latihan GIS

 JAS turut menyediakan modul-modul latihan asas GIS yang mana topik, data serta senario latihan adalah dirangka mengikut keperluan pegawai-pegawai JAS dalam menjalankan tugas seharian.

Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
Aplikasi Umum
  • Hotspot
    Hotspot
  • Kiraan Elaun Perjalanan Kenderaan
    Kiraan Elaun Perjalanan Kenderaan
  • Carian Arah Kiblat
    Carian Arah Kiblat
  • Lokasi Pejabat JAS
    Lokasi Pejabat JAS